Mendaki Rinjani Lombok Indonesia

         Trip kami bermula dari KLIA. Kita jumpa di KLIA dan masing-masing mesti kena ikut tarikh dan waktu tiket yang diberli untuk penerbangan dari KLIA ke Lombok. Atas permintaan kami akan mendaki lagi Gunung Rinjani via Torean. Tidak mahu ramai cukup untuk 12 hingga 20 orang untuk memudahkan pergerakan sewaan pengangkutan. Trip kami bersama dengan Travel Agent Indonesia sepenuhnya. 

        Mendaki 3 Hari 2 Malam.

day 1 –  Mendaki terus ke Pelawangan  yang cepat sampai jam 5.00 petang yang lambat 9.00 malam

Day 2 -2.00 pagi attact peak dalam pulul 7.00 kita solat subuh dan sebagaian sudah di Latter E rata-ratapukul 9.00 atau 10.00 sudah sampai puncak. Pukul 11.00 pagi mesti turun kembali ke Campsite Pelawangan sebab kita mahu berjalan turun ke Danau.

         Dalam pukul 4.00 petang kita turun ke Danau dan menginap di Danau.

Day 3  – Hiking turun melalui Torean hingga ke Perkampungan Torean. Dalam 7.00 petang sampai di Ojek Torean.

         Cadangan saya hala pergi naik Ojek jimatkan tenaga dan masa. Jarak berbaloi sebab jauh juga berjalan di Padang Savana tu. Ajak driver Ojek berhenti di lokasi-lokasi cantik untuk bergambar. Dan sekali lagi naik Ojek bila hari akhir sebab sudah sangat penat untuk berjalan masuk kampung di Torean. Berbaloi naik Ojek sebab jauh untuk berjalan dalam kebun koko tu.

       Berapa harga? Tak sampai RM1000.00 meliputi semua makan minum waktu pendakian dan penginapan hari pertama sampai dan hari terahkir turun gunung. Harga tidak termasuk Tiket Penerbangan. Sijil penyertaan dan T-shirt pendakian disediakan.

        Pasti ada tertanya-tanya trip Adventure Terengganu berjalan ke Bandar Mataram, Ke Air Terjun Benang Kelambu, hingga ke Pulau Gili Terawangan. Mengginap di Pantai Kuta. Sebenarnya itu trip khas dan bayaran memang dikira sangat berbeza. Tidak termasuk bayaran mendaki Rinjani.