Servis Kami
Ekspedisi Kayak
Memberi perkhidmatan dalam mengendalikan ekspedisi kayak. Kami sendiri turut menganjurkan eksepdisi kayak. Menerima tempahan berkumpulan untuk mengendalikan ekspedisi sehari atau sehingga 3 hari 2 malam. Lokasi hanya di sungai-sungai dalam Negeri Terengganu. Kami turut menganjurkan ekspedisi di Tasik Kenyir dan dari Marang ke Pulau Kapas.
Berbincang dengan kami untuk harga ekspedisi
Mendaki Gunung
Adventure Terengganu menganjur ekspedisi mendaki gunung di mana sahaja. Tidak tertumpu hanya di Terengganu. Ekspedisi Mendaki yang kami anjue sahaja akan dipromosi. Sehingga kini kami sudah ke Indonesia, Vietnam dan Thailand. Begitu juga mengikut pakej organisasi lain ke Nepal.
Kami memiliki guide yang berdaftar dengan MGP untuk Negeri Terengganu.
Trip Kami akan di promosikan di sini
Kursus Outrec bersama KBS dan PJRM
Jurulatih di Adventure Terengganu memang terlibat aktif dalam mengendalikan kursus-kursus Outrec 1 dan 2 dalam usaha mengembangkan lagi kepimpinan kepada penggiat Outdoor di Negeri Terengganu dan di Malaysia. Sekiranya ada kumpulan yang berminat menganjurkan kursus outrec boleh hubunggi kami. Jika persedndirian maka tunggu pengumuman penganjuran dari kami.
Berhubung dengan kami untuk penganjuran Outrec 1 dan 2
Kursus Motivasi & Team Building
Kursus Team Building, Kem Motivasi, Kem Cuti Sekolah, Kem Menuju Kecemerlangan berasaskan aktiviti Outdoor dan dikendalikan oleh Kaunselor yang pernah berkhidmat bersama agensi kerajaan.
Inii antara Program Kem Cuti Sekolah yang pernah turut sama dijayakan oleh HK Event. Saluran youtube mang outdoor sememangnya saluran milik HK Event yang memuatkan aktivitipernah dianjurkan atau disertai oleh Team Adventure Terengganu.
Kami turut menganjur program Team Building untuk pihak syarikat korporat dan mana-mana agensi yang mahu memotivasikan kembali kakitangan mereka dengan aktiviti yang cukup memberi ilmu dan pengalaman yang mampu dibawa pulang ke tempat kerja.
Kem Kecemerlangan dan jati diri untuk kanak-kanak dan remaja dianjurkan sama ada menerima tempahan dari pelbagai pihak atau kami yang menetapkan tarikh dan waktu untuk anda membawa anak untuk menyertai.
Operasi kami selepas ini hanya dilaksanakan di Belukar Bukit adventure Camp apabila kerja-kerja pembinaan campsite saling melengkapi. BB Campsite adalah milik adventureterengganu.com
Kursus Kayak Star 1 & 2 MASCA
Penglibatan aktif dalam Sukan Malaysia SUKMA sejak tahun 1992 apabila kayak mula dipertandingkan di SUKMA Johor memberi peluang jurulatih kami berada dalam team kejurulatihan Persatuan Kanu Terengganu sehingga hari ini.
Beberapa siri kursus kayak Star 1 sudah dilaksanakan. Persijilan dari pihak MASCA atau Persatuan Kanu Malaysia. Mengkut sepenuhnya kurikulum yang terkandung.
Kami sentiasa menganjurkan kursus kayak Star 1 dan Star 2 bersama Persatuan Kanu Negeri Terengganu dan tunggu jadual untuk 2024. Jika anda dari Institusi boleh hubunggi kami untuk maklumat penganjuran.
Kami melengkapkan jadual anda
Membina Outdoor Challenge Course & Skytrex
Kami Adventure Terengganu memiliki kelayakan dalam membina Outdoor Course. Antara binaan yang mampu kami bina. Bersama persijilan MCCA atau Malaysia Challenge Course Association. Ketua Jurulatih kami salah seorang pemegang Challenge Course Inspector Certificate lulus dan layak untuk Inspection menara tali tinggi atau Outdoor Challenge Course.
Kami kini turut melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi Outdoor atau Adventure Course dan juga pembersihan kolam renang serta equipment untuk aktiviti outdoor. Boleh hubunggi kami untuk pembinaan Outdoor Course. Kami berdaftar dalam ePerolehan Perbekalan Kementerian Kewangan Malaysia.
Apa yang menarik kami boleh melatih kakitangan anda sehingga mampu memiliki sijil dalam aktiviti outdoor. Itu antara khidmat after sale services dari kami. Hubunggi kami jika anda pemilik resort, hotel atau Kem Rekreasi yang ingin membina.
- Zip line (Flaying Fox)
- Wall Climbing
- Skytreek
- Obstacle Course
- Challenge Course
Bincang sehabis selesa sebelum melakukan kerja.
Pembinaan Wall Climbing, Zipline & Panel Speed Wall Climbing
Pelaksaan kesemua pembinaan dilakukan melalui Syarikat HK Event. Syarikat yang berdaftar dengan SSM, MOF, ePerolehan dan turut memegang sijil CIDB.
Selaras dengan perkembangan pesat dunia Outdoor hari ini. Kami mengumpul kelompok jurulatih bertauliah dan membina aktiviti bersama.
Tidak pelik bila kami mampu laksanakan persijilan yang diiktiraf oleh badan bertanggungjawab dalam bidang outdoor di Malaysia.
Kini kami memberi tumpuan dalam pembinaan Wall Climbing, Memproduksi panel speed Wall Climbing. Turut membina Zipline dan Outdoor Challenge Course.
Kami terlibat penuh dalam membaikpulih MenaraWall Climbing di Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu yang terletak di Komplek Sukan Jalan Pasir Panjang Kuala Terengganu.
Kami juga berjaya memasang dan menyiapkan panel speed pada Wal Climbing tersebut.


















