Menariknya Pulau Gili Terawangan Lombok ini adalah sebuah pulau yang tidak ada kenderaan berenjin. Hanya ada enjin boat sahaja. Seluruh kehidupan menggunakan kereta kuda dan basikal serta motor elektrik. Apa yang menarik kemeriahan hidup di Pulau Gili Terawangan ini semakin lewat malam semakin meriah. Saya berpeluang juga singgah ke masjid untuk Solat Magrib. Bila mendengar suara azan saya mencari lokasi masjid.
Banyak sangat resort atau bilik tapi kena pandai cari harga. Saya sewa Rupiah 250 ribu untuk sebuah bilik dan diwajibkan hanya 2 orang satu bilik. Bila berjalan keesokkan harinya memang rata-rata bilik sekitar Rupiah 200 hinngga Rupiah 300 ribu. Memang ada yang harga cukup mahal.
Rupiah 200 ribu ni lebih kurang RM60.00 sahaja. Boleh duduk untuk 2 orang. Sangat berbaloi.
